Bersiap Sebelum Qabul (Jilid Cinta) | bookmark + wedding checklist + shopping bag
Berita lebih baik: SEMUA pembelian dari website akan mendapat penanda buku & senarai semak perkahwinan utk 3000 cetakan pertama (Senarai semak perkahwinan: sebagai panduan kecil untuk kalian nanti) Antara dua insan yang memilih untuk hidup bersama, cinta sering dianggap jawapan kepada segalanya. Namun realitinya sebenar perjalanan perkahwinan jauh lebih dalam dari sekadar rasa. Pasangan lazimnya memasuki perkahwinan dengan penuh harapan. Hakikatnya, ramai yang terus melangkah dengan seribu persoalan tanpa jawapan. Uniknya cinta dalam pernikahan kerana ia tidak semestinya berdiri utuh dengan sendirinya. Cinta perlu difahami, dipelihara dan kebanyakan masa harus dipulihkan semula. BSQ JILID CINTA hadir dengan solusi. Naskhah ini hadir sebagai sebuah kompas yang membantu pembaca melihat perjalanan perkahwinan dengan kesedaran yang lebih matang, bermula dari saat seseorang sedang memilih pasangan hidup, sehinggalah kepada detik apabila hubungan diuji oleh perselisihan kehendak, keletihan emosi dan jarak yang tidak disedari. Usaha ini dilakukan supaya cinta yang dibina bukan sekadar indah pada permulaan, tetapi terus hidup sepanjang perjalanan. BSQ Jilid Cinta hadir bukan sekadar berbicara tentang cinta, tetapi membawa himpunan strategi dan panduan supaya bakal suami dan isteri bersedia untuk memperjuangkan cinta. Disinilah lahirnya harmoni rumah tangga.
Variants (1)
- Default Title — 49.00 MYR — In stock
AI Readiness
Good foundation, but some important product data is still missing.