eBook Mak Jerung Dari Asnaf ke Jutawan - Norriza Muhammad Yusof

eBook Mak Jerung Dari Asnaf ke Jutawan - Norriza Muhammad Yusof

10.00 MYR In stock Buy at Merchant

Bagaimana seorang anak peneroka Felda yang pernah hidup dengan gaji RM1,200 sebulan mampu mengubah kehidupan sehingga mencapai kejayaan luar biasa dalam dunia kewangan, perniagaan dan pelaburan? Mak Jerung: Dari Asnaf ke Jutawan membawa pembaca menyelusuri perjalanan inspirasi Norriza Muhamad Yusof atau lebih dikenali sebagai Mak Jerung (MJ), seorang ikon dan mentor kewangan serta pelabur hartanah yang mempunyai lebih 24 tahun pengalaman dalam industri. Kisah ini bermula dengan satu cabaran kecil tetapi cukup besar maknanya apabila MJ perlu mencari RM6,000 untuk membantu ibunya membaiki bilik air. Dari situlah lahir tekad untuk mengubah kehidupan. Bermula sebagai pembantu akaun, beliau mencuba pelbagai peluang perniagaan, menyertai bidang Takaful, membina pasukan dan akhirnya mencapai pendapatan RM1 juta setahun pada usia 29 tahun. Perjalanan MJ tidak terhenti di situ. Beliau mula membina portfolio hartanah dan dalam tempoh 18 tahun memiliki lebih 20 hartanah bernilai jutaan ringgit. Lebih daripada kisah kejayaan material, eBook ini mengajak pembaca memahami bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar mengumpul harta, tetapi membina legasi, memberi manfaat dan mengejar keberkatan. Sebuah kisah yang sesuai untuk usahawan, wanita, pelabur dan sesiapa sahaja yang sedang mencari keberanian untuk mengubah kehidupan. Tentang Penulis JMA merupakan individu berpengalaman luas dalam sektor korporat. Beliau pernah memegang jawatan kanan di PNB, Johor Corporation, QSR Brands/KFC Holdings, Kulim (Malaysia) Berhad serta Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Pengalamannya merangkumi pengurusan korporat, pelaburan, kewangan, francais, penstrukturan korporat dan pembangunan organisasi kebajikan.

Specifications
Penulis
JMA
Penerbit
JMA, Risalah Harmoni Sdn Bhd
Halaman Muka Surat
55

How AI sees this product

The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.

72%