SEKADAR PERNAH – Tentang Kita
Maafkan saya. Saya bersalah kerana menjadi penulis yang sering memberitahu hal-hal yang menyedihkan tentang hidup. Pernah suatu ketika pembaca bertanya, bagaimana mahu keluar dari luka? Saya memberitahu: hidup dan luka ialah teman seiringan. Hidup hanyalah perjalanan kita melalui luka demi luka. Tak ada jalan keluar. Pembaca itu kaku mendengar jawapan saya. Kenapalah semudah itu saya menjawab? Fikirlah dulu. Tapi begitulah saya. Saya tak mampu menjawab apa yang saya tidak percaya. Seperti buku ini. Maaf, sekali lagi saya memberitahu hal yang paling menyedihkan tentang hidup. Bahawa hidup hanya sekadar pernah. Baik orangnya, detiknya, sehingga ombak di pantai yang mengenai kaki kita itu pun, hanya sekadar pernah. Tidak akan ada lagi ombak yang sama mengenai kaki kita. Tidak ada!
Specifications
- Berat
- 0.25
- Format
- soft cover
- ISBN
- 9786297722504
AI Readiness
Good foundation, but some important product data is still missing.