Event Picnic & Pages: RUMAAxRuangIbu
Picnic & Pages: Edisi Kasih Ibu Sesi kali ini bertemakan hangatnya kasih ibu melalui bahan bacaan pilihan anda. Dalam suasana pagi yang tenang, pembaca berpeluang menikmati sesi membaca bersama yang tersayang, aktiviti interaktif, perkongsian inspirasi serta momen berkualiti yang mengingatkan kita tentang besarnya kasih seorang ibu. Sama ada hadir bersama ibu, anak atau insan tersayang, acara ini mengajak kita untuk berhenti seketika dan menghargai hubungan yang sering menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan. Kami cadangkan anda membawa bahan bacaan bertema ibu untuk sesi kali ini seperti • Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dipeluk • Syurga Itu Bernama Ibu • 12 Teknik Menangani Ledakan Emosi Anak Obses Skrin • Ibu Penat Tapi Ibu Sayang • Hari-hari Terindah Bersama Mak Kalau tiada buku-buku ini jangan risau, sertai sahaja bersama buku yang sedang anda baca. Maklumat program: Tarikh: 11.7.2026 Masa: 8am-12pm Tempat: Taman Tasik Titiwangsa (8 minit berjalan dari Pintu MRT B, Hospital Kuala Lumpur) Yuran Penyertaan: Dewasa: RM10 ⁃ 17 tahun dan kebawah : RM5 ⁃ 6 tahun dan kebawah: PERCUMA *** RUMAA Books merupakan jenama novel IMAN Publication dan Ruang Ibu Rehat pula adalah sebuah ruang komuniti untuk para ibu belajar dan mendapatkan sokongan. Picnic & Pages merupakan sebuah program komuniti membaca anjuran IMAN yang menghimpunkan pencinta buku untuk berkongsi pembacaan, bertukar pandangan dan menemukan perspektif baharu melalui perbualan yang bermakna. Lebih daripada sekadar aktiviti membaca, Picnic & Pages ialah ruang untuk memperlahankan langkah, menikmati pagi dengan penuh kesedaran, dan menghubungkan diri dengan cerita, idea serta insan yang berkongsi kecintaan yang sama terhadap buku.
Specifications
- Ticket type
- Dewasa, 17 tahun & kebawah, 6 tahun & kebawah
Variants (3)
- Dewasa — 10.00 MYR — In stock
- 17 tahun & kebawah — 5.00 MYR — In stock
- 6 tahun & kebawah — 0.00 MYR — In stock
AI Readiness
Good foundation, but some important product data is still missing.