Claude For Business
🎯 Apa Yang Akan Anda Belajar? ________________________________ Dalam kelas Claude For Business ini, anda akan belajar cara menggunakan Claude AI secara praktikal — bukan sekadar tanya soal, tapi benar-benar jadikan Claude sebagai sebahagian daripada sistem bisnes anda. . ✅ Modul 1 — Beri & Bina Maklumat Bisnes Kepada Claude Ramai yang gagal dapat hasil terbaik daripada AI sebab tak tahu cara “perkenalkan” bisnes mereka dengan betul. Dalam modul ini, anda belajar cara susun maklumat bisnes — produk, pelanggan, nada komunikasi, dan SOP — supaya Claude faham konteks anda dan bagi jawapan yang tepat sasaran. . ✅ Modul 2 — Guna Projects Sebagai Agent Bisnes Anda Belajar cara setup Projects dalam Claude dengan instruction yang jelas dan spesifik. Projects membolehkan Claude “ingat” bisnes anda dalam setiap sesi — tanpa perlu ulang terang dari mula. Jadikan ia seperti seorang pekerja yang dah dibrief, siap bertindak balas mengikut SOP anda. . ✅ Modul 3 — Bina Template, Tools & Kalkulator Bisnes Anda tak perlu jadi programmer. Dalam modul ini, anda belajar minta Claude bina template dokumen, software ringkas, dan kalkulator bisnes — seperti pengiraan harga, komisyen, ROI, dan banyak lagi — yang boleh anda guna berulang kali. . ✅ Modul 4 — Urus Claude Seperti Staff / Virtual Assistant Ketahui cara tetapkan peranan, berikan arahan yang jelas, dan urus output Claude seperti anda menguruskan seorang pekerja. Dari balas emel pelanggan, cipta kandungan, buat laporan, hingga analisis data — semua lebih sistematik dan konsisten. . ✅ Modul 5 — Cara Jimat Kredit & Token Dengan Bijak Guna Claude dengan efisyen tanpa membazir kredit. Anda akan belajar cara tulis prompt yang tepat, bila perlu mulakan sesi baru, dan bagaimana susun perbualan supaya dapat hasil maksima dengan kos yang minimum. . 💡 Selepas kelas ini, anda akan mampu: Jadikan Claude sebagai “otak operasi” bisnes anda Hasilkan dokumen, tools & kandungan dalam masa yang lebih singkat Urus komunikasi pelanggan dengan lebih profesional & konsisten Jimat masa DAN kos — tanpa perlu hire lebih ramai staf . ⏰ Tarikh: 16 Mei 2026 🕘 Masa: 9:30AM – 1:00PM 👨🏫 Trainer: Wan Muhd Ali 💺 Tempat Terhad — Daftar Sekarang!
AI Readiness
Good foundation, but some important product data is still missing.