PAKEJ UMRAH MALAYSIA + OMAN
Umrah ini bukan sekadar perjalanan ke Tanah Suci. Ini adalah perjalanan jiwa, pengalaman sekali seumur hidup yang akan mengubah cara kita melihat dunia, cara kita kembali mengenal Allah dan cara kita melihat diri sendiri. HARI PERTAMA Kuala Lumpur - Jeddah - Taif Perjalanan jemaah akan bermula dari Kuala Lumpur, menuju ke Jeddah, pintu masuk ke Tanah Suci. Selepas tiba di Jeddah, kita akan teruskan perjalanan ke Taif, sebuah kota yang kaya dengan sejarah. Di Taif, kita akan melawati Masjid Addas, mengenang perjalanan Rasulullah SAW ke kota ini. Selepas itu kita akan ziarah ke Masjid Ku' lokasi di mana Rasulullah berehat sehingga siku baginda meninggalkan kesan lekuk dan berdarah di atas batu. Dari sana kita akan melawat dan menikmati pemandangan indah pergunungan Taif yang menyejukkan hati. HARI KEDUA Taif - Mekah Hari yang penuh keberkatan bermula. Jemaah akan mulakan hari dengan menziarahi Masjid Abdullah Ibn Abbas di Taif, tempat bersejarah yang penuh kenangan dan sirah penting dalam sejarah agama. Seterusnya, singgah di tempat pembuatan minyak attar, minyak wangi tradisional yang terkenal. Setelah itu, perjalanan diteruskan menuju Mekah, melalui miqat di Qarnul Manazil untuk niat ihmram bagi Umrah Wajib. Setiba di Mekah,kita akan check-in di hotel, dan akan menunaikan Umrah pertama di Masjidil Haram, tawaf, sa’i, dan tahallul. Kita akan dapat merasai kedamaian dan keberkatan di tanah suci. HARI KETIGA Mekah Hari ini kita akan mulakan hari dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram. Selesai solat Subuh, kita akan adakan sesi kuliah dhuha di roof top masjidil haram sebelum pulang ke penginapan untuk menikmati makan pagi. Selesai makan pagi, jemaah boleh bersiap-siap awal untuk kembali ke Masjid untuk solat Jumaat. Sebelah petang, kita akan ziarah sekitar Mekah, termasuk Jabal Nur (Gua Hira’), tempat wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW. Selepas itu kita akan melawati juga Jabal Thur, tempat bersejarah dalam kisah hijrah Rasulullah SAW. HARI KEEMPAT Mekah Keesokan hari nya,kita akan menziarahi Manasik Haji di Arafah, Muzdalifah, dan Mina - tiga tempat yang amat penting dalam ibadah haji. Kita juga akan mengunjungi Jabal Rahmah, lokasi penting ketika musim haji serta Masjid Namirah di Arafah yang menjadi saksi Rasulullah menyampaikan khutbah wadak. Kita akan akhiri lawatan hari ini dengan miqat di Ju'ranah untuk bermiqat niat Umrah Sunat pertama, menambah lagi keberkatan peluang ibadah kita. Perjalanan ini bukan sekadar ziarah, tetapi sebuah pengalaman yang menghubungkan hati dengan sejarah, ketenangan, dan keberkatan Tanah Suci. HARI KELIMA Mekah Hari ini kita akan ziarah Hudaibiyah, tempat yang penuh sejarah dalam perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy. Seterusnya, jika berkemampuan jemaah boleh tunaikan Umrah Sunat kedua. Selepas itu kita akan melawati juga Masjid Jin dan Masjid Al-Khayf, tempat yang bersejarah. Jika ada rezekinya kita akan ke Kilang pembuatan Kiswah (kelambu Kaabah). Kita akan melawatinya bergantung pada tasrih dan permit, ini akan memberi peluang kepada kita untuk melihat proses pembuatan kelambu yang menutupi Kaabah. HARI KEENAM Mekah - Madinah Pagi ini perjalanan akan diteruskan dengan menaiki speedtrain ke Madinah, satu pengalaman yang memudahkan perjalanan antara dua kota suci. Tibanya di Madinah, jemaah akan check-in hotel dan teruskan solat di Masjid Nabawi di mana ketenangan dan keberkatan menyelimuti setiap sudutnya. Jangan lepaskan peluang untuk ziarah Raudhah dan makam Rasulullah SAW yang penuh barakah. HARI KETUJUH Madinah Hari ini kita akan meneruskan perjalanan dengan menziarahi sekitar Madinah termasuk Masjid Quba, masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Selepas itu akan ke Jabal Uhud iaitu Medan Perang Uhud yang penuh sejarah, dan Masjid Qiblatain tempat bersejarah perubahan arah kiblat umat Islam. Lawatan diteruskan ke Perkuburan Baqi', tempat di mana ramai sahabat dan ahli keluarga Rasulullah SAW dikebumikan. Malam hari, jemaah di beri masa sendiri bebas untuk solat di Masjid Nabawi, merasai kedamaian di tanah suci. HARI KELAPAN Madinah Kita mulakan hari dengan kuliah Dhuha pada pagi ini. Pada waktu petang pula kita nikmati makan malam di bawah pokok kurma, sambil membeli kurma Madinah yang terkenal sebagai oleh-oleh yang sangat bernilai di salah sebuah Kebun Kurma di kota Madinah. Pengalaman yang memberi ketenangan dan kenangan manis. HARI KESEMBILAN Madinah - Jeddah Hari ini, masa untuk kuliah Dhuha yang terakhir di Kota Madinah dan kemudian sesi bebas jemaah untuk beribadah, berehat, atau membeli belah di sekitar Madinah. Nikmati kedamaian yang tiada tandingan di kota Nabi. Kita akan check out penginapan di Madinah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah menaiki bas untuk penerbangan ke Oman, destinasi menarik yang menjadi tarikan untuk trip umrah kali ini. HARI KESEPULUH Jeddah - Oman Penerbangan awal pagi menuju ke Muscat menaiki penerbangan Oman Air. Muscat terkenal dengan suasana moden kota Muscat, seni bina Islam yang memukau, pesisir laut Arab yang luas hinggalah ke lorong-lorong kota lama yang penuh bersejarah, memberikan kita gambaran berbeza tentang dunia Arab. HARI KESEBELAS Kuala Lumpur Alhamdulillah tiba di KLIA dengan penuh rasa syukur atas pengalaman umrah yang begitu bermakna. Jemaah bersurai dengan hati yang penuh keberkatan dan kenangan indah dari Tanah Suci. **Itinerary adalah untuk rujukan peserta, perubahan tertakluk pada kebenaran dan izin dari pihak berkuasa Kementerian Umrah dan Haji, Kingdom of Saudi Arabia (KSA). MUTAWIF DARI MALAYSIA Mutawif berpengalaman dari Malaysia yang memberikan bimbingan menyeluruh. Tiada istilah mutawif meninggalkan jemaah. Mutawif kami bawa dari satu lokasi ke satu lokasi, menyampaikan sirah Nabi dengan penuh penghayatan, seolah-olah kita sendiri berada di tengah perjuangan itu. PENGISIAN MAQASID UMRAH Satu-satunya pakej umrah yang memberikan pengisian maqasid umrah. Merungkai rahsia ibadah umrah yang mampu mencipta kita menjadi insan yang baru bagi yang mahu mencipta kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Sebelah pagi kita akan dibekalkan dengan pengisan melalui Kuliah Dhuha (KD) dan pada waktu malam satu diskusi santai mendalami maqasid kitab dan sunnah dengan lebih dekat melalui siri Table Talk (TT) bersama mutawif. Memastikan para jemaah benar-benar faham dan jelas, tuntutan sebenar kita hadir ke tanah suci Mekah dan Madinah. FOTOGRAFI Tiada pakej umrah lain yang menawarkan khidmat fotografi untuk jemaah, bukan untuk riak tetapi untuk merakam detik paling istimewa kita di tanah suci agar jiwa ini terus bersyukur dengan kurnia dari yang MAHA ESA. Semua krew dan mutawif kami adalah profesional fotografer yang terlatih. UMRAH PALING ISTIMEWA Paling istimewa dengan umrah Rarecation kerana pakej kami memberi peluang kepada peserta untuk menambah kebajikan disamping mengerjakan Umrah. Antara pahala yang sudah tetap adalah kebajikan bila mana segala hasil keuntungan yang diperolehi dari program Umrah ini 100% disalurkan kepada dana pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, rumah anak yatim dan golongan asnaf.
Variants (1)
- Default Title — 14600.00 MYR — In stock
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.