EMPAYAR BROOKE (2) : SEJARAH BERDARAH SARAWAK

EMPAYAR BROOKE (2) : SEJARAH BERDARAH SARAWAK

Brand: Mustread Sdn. Bhd
15.00 MYR In stock Buy at Merchant

Tahun 1857 menjadi titik perubahan apabila ribuan pelombong Cina dari Bau bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Kuching. Kebangkitan itu hampir menggulingkan kuasa Raja Putih Sarawak, namun berakhir dengan tragedi yang meragut ribuan nyawa. Belum reda dengan pemberontakan itu, muncul pula tokoh-tokoh tempatan yang menentang peluasan kuasa Brooke seperti Sharif Masahor dari Igan, Datu Patinggi Abdul Gapur dari Kuching dan pahlawan Iban, Rentap dari Bukit Sadok. Mereka membawa semangat yang sama, iaitu mempertahankan tanah, maruah dan kebebasan bangsa daripada cengkaman penjajahan. Namun, James Brooke dan anak saudaranya, Charles Brooke, tidak gentar. Dengan bantuan sekutu, mereka melancarkan serangan demi serangan untuk mematahkan semua penentangan. Pertempuran di Sungai Rajang dan tiga ekspedisi besar di Bukit Sadok menjadi saksi bahawa keinginan untuk berkuasa sering mengatasi nilai kemanusiaan. Komik Empayar Brooke #2 menyusuri konflik, helah politik dan pengorbanan para pahlawan tempatan yang menentang pemerintahan Raja Putih Sarawak.

Variants (1)
  • Default Title — 15.00 MYR — In stock

How AI sees this product

The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.

74%