Keagungan Al-Fatihah - (TBBK1618)
Kod Buku : TBBK1618 (2026) Bilangan Muka Surat : 280 Saiz : 21cm x 14cm x 1cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut (Softcover) Warna Dalam : Berwarna Penulis : Dr. Mat Taib Pa ISBN : 978-629-467- 029-7 Berat : 0.5kg Sinopsis Kita membacanya pada setiap hari. Dalam solat, dalam doa, dalam hidup. Namun, sejauh mana kita benar-benar memahami Surah al-Fatihah? Keagungan al-Fatihah mengajak pembaca menyelami surah terunggul dalam al-Quran, iaitu surah yang menjadi pembuka kitab suci umat Islam, juga sebagai doa dan nadi setiap solat. Buku ini membuka ruang untuk melihat Surah al-Fatihah bukan sekadar bacaan yang diulang-ulang, tetapi mesej agung yang membentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Melalui buku ini, pembaca dibimbing untuk mentadabbur setiap ayat Surah al-Fatihah, melakukan muhasabah diri serta menghidupkan maknanya dalam kehidupan seharian. Sebuah naskhah untuk mereka yang mahu membaca al-Fatihah dengan hati, bukan sekadar dengan lidah. Kelebihan Buku Keagungan al-Fatihah ini sebagai satu usaha yang amat signifikan untuk mengembalikan Surah al-Fatihah ke tempatnya yang hakiki. Keistimewaan Surah al-Fatihah juga turut ditegaskan oleh Rasulullah melalui hadis yang masyhur. Buku ini hadir untuk membimbing pembaca menelusuri keagungan tersebut melalui pendekatan yang tersusun, berfokus dan mendalam.
Variants (1)
- Default Title — 29.00 MYR — In stock
AI Readiness
Good foundation, but some important product data is still missing.