JAPAN ALPS
Pengembaraan Alps Jepun bersama kami selama dua minggu merentasi Tokyo, Kawaguchiko, Nagano, Hakuba, Kanazawa, Ine, Kyoto dan Osaka. Menyusuri tasik, gunung, hutan, perkampungan tradisional dan bandar-bandar unik sambil menghayati budaya serta cara hidup masyarakat Jepun. Nikmati keindahan negara ini dari sisi jiwa pengembara yang sentiasa mencari pengalaman yang lebih autentik, santai dan berbeza daripada percutian biasa. Hari Pertama Kuala Lumpur/Singapura - Tokyo Hari perjalanan bermula dari Kuala Lumpur atau Singapura ke Tokyo. Hari Kedua Tokyo - Kawaguchiko Perjalanan bermula meninggalkan Tokyo menuju Kawaguchiko yang damai di kaki Gunung Fuji. Singgah di Oshino Hakkai untuk melihat kolam air jernih hasil salji Fuji yang mencair, sebelum menikmati panorama ikonik di Lake Kawaguchiko. Suasana di sini memberi ruang untuk bernafas lebih perlahan sambil menikmati keindahan alam Jepun yang sebenar. Hari Ketiga Kawaguchi Exploration Hari ini fokus kepada keindahan Fuji dari pelbagai sudut. Kita ke Arakurayama Sengen Park untuk view pagoda dengan latar Fuji yang sangat ikonik, kemudian ke Saiko Iyashi no Sato yang mengekalkan rumah tradisional Jepun. Hari santai yang penuh visual dan ketenangan alam. Hari Keempat Kawaguchi - Nagano Perjalanan diteruskan ke Nagano melalui laluan pergunungan yang menenangkan. Setibanya di Matsumoto, kita melawat Matsumoto Castle yang klasik dan masih kukuh berdiri sejak zaman feudal. Kemudian berjalan di Nawate Street yang penuh suasana retro Jepun lama. Hari Kelima Hakuba Exploration Hari ini dikelilingi keindahan Alps Jepun di Hakuba. Kita naik ke Hakuba Iwatake untuk panorama gunung yang luas dan menenangkan, sebelum ke Happo Pond yang terkenal dengan refleksi air yang sangat cantik. Hari ini benar-benar pengalaman alam alpine yang rare. Hari Keenam Nagano Exploration Nagano membawa kita lebih dekat dengan alam dan budaya tempatan. Kita ke Jigokudani Snow Monkey Park untuk melihat monyet liar mandi di onsen, satu pengalaman unik Jepun. Kemudian ke Obuse Old Town yang tenang dengan seni, budaya dan suasana desa yang autentik. Hari Ketujuh Nagano - Kanazawa Perjalanan menuju Kanazawa melalui kawasan gunung dan lembah yang cantik. Singgah di Kurobe Gorge untuk menikmati pemandangan sungai dan tebing tinggi yang dramatik, sebelum berehat di kawasan Unazuki Onsen yang tenang di tengah alam. Hari Kelapan Shirakawago Hari ini khas untuk Shirakawago, kampung warisan UNESCO yang terkenal dengan rumah Gassho-zukuri. Kita berjalan di antara rumah tradisional yang unik sebelum naik ke Shiroyama Viewpoint untuk melihat keseluruhan kampung dari atas. Suasana sangat nostalgic dan tenang. Hari Kesembilan Kanazawa Exploration Kanazawa penuh dengan warisan budaya Jepun lama. Kita melawat Kenrokuen Garden yang dianggap antara taman paling cantik di Jepun, kemudian berjalan di Higashi Chaya District yang masih mengekalkan rumah teh dan suasana zaman Edo. Hari Kesepuluh Kanazawa - Ine Perjalanan ke Ine membawa kita ke Amanohashidate, salah satu view alam paling unik di Jepun. Selepas itu kita tiba di Ine, perkampungan nelayan dengan rumah bot di atas air yang sangat rare dan tidak ramai pelancong biasa sampai. Hari Kesebelas Ine Exploration Hari santai di Ine menikmati kehidupan tepi laut yang tenang. Kita naik bot menyusuri Teluk Ine untuk melihat Funaya dari perspektif air, kemudian berjalan di kampung untuk merasai sendiri kehidupan nelayan yang masih kekal tradisional. Hari Kedua Belas Ine - Osaka Dalam perjalanan ke Osaka, kita singgah di Miyama Kayabuki no Sato, kampung jerami yang sangat klasik dan tenang. Kemudian tiba di Osaka untuk menikmati suasana malam di Dotonbori yang penuh cahaya, makanan dan tenaga bandar besar. Hari Ketiga Belas Kyoto Exploration Kyoto memperlihatkan sisi Jepun yang paling klasik dan memukau. Kita memulakan hari di Sannenzaka dan Ninenzaka, lorong batu bersejarah yang dipenuhi bangunan tradisional, kedai-kedai unik dan suasana Kyoto zaman dahulu. Dari sini, kita dapat menikmati pemandangan ikonik Hokan-ji Temple (Yasaka Pagoda) yang menjadi antara lokasi fotografi paling terkenal di Jepun. Sambil berjalan santai di kawasan ini, setiap sudut menawarkan pengalaman budaya, seni bina dan pemandangan yang membuatkan anda terasa seolah-olah kembali ke era lama Kyoto. Hari Keempat Belas Osaka Exploration Osaka menutup kembara dengan gabungan sejarah, budaya dan suasana bandar yang hidup. Kita memulakan hari di Osaka Castle Park, simbol kebanggaan Jepun dengan latar sejarah yang kuat dan taman yang luas untuk bersantai. Kemudian perjalanan diteruskan ke Shinsekai, kawasan retro yang penuh karakter lama Osaka. Menjelang malam, kita menikmati keindahan dan tenaga tanpa henti di Dotonbori, dengan lampu neon, sungai bandar dan deretan makanan jalanan yang menjadikan Osaka begitu ikonik dan tidak pernah tidur. Hari Kelima Belas Osaka - Kuala Lumpur/Singapura Bergantung kepada masa penerbangan, kita akan bersedia untuk perjalanan balik dari Kansai International Airport pada hari ini. Hari Keenam Belas Kuala Lumpur/Singapura Ketibaan di Kuala Lumpur/Singapura. Semoga pengembaraan selama 16 hari kita merentas negara matahari terbit ini menjadi satu memori terindah. Jika rindu, bolehlah lihat semula gambar-gambar kualiti tinggi bidikan kapten sepanjang trip.
Variants (1)
- Default Title — 22000.00 MYR — In stock
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.