Haqq by Effalee
Haqq by Effalee Penulis: Effalee Penerbit: Manes Tahun Terbitan: 2026 Bahasa: Bahasa Melayu ISBN: 9786297782171 Bil. Muka surat: 465 Format: Paperback Harga: RM42 Berat:0.5kg Sinopsis Haqq Qaisar El-Thasiq berdepan dengan pembunuhan bersiri yang menyasarkan kerabat diraja Aqtar. Pada masa yang sama, Haqq perlu memenuhi desakan wazir untuk berkahwin agar kesinambungan waris Kesultanan Aqtar terjamin. Lalu, Haqq dijodohkan dengan Jasmine Haya’ yang kembali ke dalam hidupnya selepas sekian lama menghilang. Namun, kerana sebuah janji, antara mereka ada jurang yang sengaja diciptakan. “Antara kita, ada benteng yang tak akan pecah.” – Haqq “Aku harap kau tak pernah wujud dalam hidup aku.” – Jasmine Semakin lama hidup bersama Haqq, Jasmine yakin ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu. Siapa sangka, Sultan Aqtar yang kelihatan sempurna, ternyata punya sisi lain yang disembunyikan? “Haqq janji Haqq akan jadi manusia yang sempurna.” – Haqq “Beritahu aku sekotor mana sultan kau itu.” – Jasmine Dan apabila Jasmine menjadi sasaran, Haqq terpaksa meminta bantuan Damien dan Taqi untuk merungkai misteri di sebalik ancaman itu. Sedang Haqq sendiri tak terlepas daripada cengkaman bahaya. Akan terbongkarkah sisi Haqq yang selama ini disembunyikan daripada Jasmine? Mengapa pula ada pembunuh menagih darah mereka sebagai korban?
Variants (1)
- Default Title — 42.00 MYR — In stock
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.