The Kite Runner Si Pengejar Layang-Layang
The Kite Runner, mengisahkan persahabatan antara dua orang budak lelaki, Amir dan Hassan, saudara sesusuan. Berlatarbelakangkan zaman terakhir pemerintahan beraja di Afghanistan, Amir merupakan anak ahli perniagaan kaya sementara Hassan, anak orang suruhan keluarga Amir dari puak Hazara, puak minoriti yang dipandang rendah. Pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan memaksa Amir dan bapanya melarikan diri ke luar negara untuk memulakan hidup baharu di California. Merasakan bahawa dia sebenarnya telah melarikan diri daripada masa lalunya, masa yang menyaksikan pengkhianatan, dan kuasa pembohongan, Amir akhirnya pulang ke Kabul demi sahabat sejatinya, Hassan. Kisah menyayat hati tentang persahabatan, persaudaraan, kasih sayang, pengkhianatan, dan kesengsaraan ini memaparkan sisi-sisi lain Afghanistan, bumi yang dahulunya indah, dan sehingga kini, masih menyimpan kepedihan.
Variants (1)
- Default Title — 35.01 MYR — In stock
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.