DOVO – set penjagaan diri (Solingen, JERMAN)
18) Jenis: set penjagaan diri DOVO model: Warna: krom & kelabu Jenis logam: besi 1.4034 tahan karat Buatan: DOVO Stahlwaren GmbH & Co. KG, Solingen, JERMAN Keterangan: Ini ialah set penjagaan diri berdandan yang dikeluarkan oleh perusahaan DOVO Stahlwaren GmbH yang berpusat di Solingen Jerman, diasaskan oleh Carl Dorp & Carl Arthur Voos pada tahun 1906. Merupakan antara pengeluar alatan penjagaan diri ternama di dunia, produk mereka dibuat di bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan “Kota Pisau” sejak lebih 400 tahun silam ! Set ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Jenama DOVO dan MERKUR terkenal dalam pengeluaran mata pisau cukur, alat pencukur, ketip kuku, gunting yang diakui ketahanan dan ketajamannya sejak 117 tahun silam ! Set ini terdiri dari alatan kecil yang bermutu tinggi dari logam terbaik untuk sang jejaka dan wanita untuk memotong kuku, mencukur rambut/bulu/misai, mengasah/melicinkan kuku kaki & tangan, mencabut bulu roma/bulu kening. Ia didatangkan dengan beg kulit kecil dari kulit lembu yang tampak mewah dan eksklusif, bagus untuk pengumpul barangan NADIR dan koleksi atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Set ini sangat jarang didapati di rantau ini ! Miliki si comel ini hari ini juga !! Set ini terdiri dari: 1. Ketip kuku DOVO Solingen 2. Pencukur MERKUR Solingen 3. Pengasah kuku DOVO Solingen 4. Penyepit bulu DOVO Solingen 5. Mata pisau cukur MERKUR Solingen 6. Beg kulit lembu DOVO Solingen
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.