50 AMALAN KECIL PAHALA BERGANDA – Iman Publication
“Jangan kamu memandang rendah terhadap perkara-perkara yang kecil, walaupun hanya sekadar berwajah manis kepada saudara kamu.” (Riwayat Muslim) Zikir ringkas selepas solat, senyuman ikhlas, mengucapkan salam, bersedekah-inilah antara sunah Rasulullah yang meskipun kelihatan kecil, jika diamalkan, kita akan memperoleh pahala besar. Buku ini hadir untuk mengajak kita untuk melazimkan amalan-amalan harian yang mudah dan ringkas sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Dengan seruan “fattabi’uni” – maka ikutilah aku – – daripada Baginda, kita masih dapat mengikuti sunah pada bila-bila masa dan di mana-mana kita berada. Setiap amalan di dalam buku ini: • Sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian yang sibuk. • Berdasarkan hadis sahih. • Disertakan dalil, kaifiat, pengajaran dan syarah ringkas ulama. • Amalan kecil, pahala besar. • Pilihlah satu amalan dan lakukanlah secara berterusan, kemudian tambahlah amalan lain sehingga sunah Rasulullah sentiasa hidup dalam setiap sudut kehidupan kita.
Specifications
- Berat
- 0.3
- Format
- soft cover
- ISBN
- 9786299470939
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.