Konspirasi Elitis: Sebuah Novel Thriller Distopia by Emmiyya
Konspirasi Elitis: Sebuah Novel Thriller Distopia by Emmiyya Konspirasi Elitis Penulis: Emmiyya Penerbit: Iman Publication Tahun Terbitan: 2026 Bahasa: Bahasa Melayu ISBN: 9786299217961 Bil. Muka surat: 518pp Format: Paperback Harga: RM35 Berat: 0.5kg Sinopsis Kematian mahasiswi cemerlang, Teja, ditutup sebagai kes bunuh diri. Namun, Dr. Jasmeen tahu itu bukan kes pertama di Universiti Dar Ilmi – sebuah kampus yang menuntut kesempurnaan daripada pelajar dengan cara yang kejam. Setiap kesalahan membawa hukuman. Setiap gerak-geri diawasi. Dan kini, dron memenuhi ruang udara universiti. Apabila Dr. Jasmeen mula membongkar sistem tidak manusiawi ini dengan mengkaji pelaksanaannya, dia pula menjadi sasaran. Terdesak, dia terpaksa bekerjasama dengan seorang yang dibencinya – Dr. Haz Azri, profesor berpengaruh yang baru pulang dari Switzerland. “Masa kita tak banyak, Dr. Haz.” “That’s not my problem. Kajian ini kena lebih baik, kalau tak macam mana awak nak bawa ke pihak atasan?” Pada saat nyawa ramai pelajar terancam, mampukah mereka mengetepikan persengketaan mereka sebelum terlambat? Dan apakah sebenarnya yang terjadi di Universiti Dar Ilmi – sehingga pelajar lebih sanggup memilih kematian? *** Konspirasi Elitis adalah sebuah novel thriller distopia berlatarkan sebuah universiti pada masa hadapan yang menggunakan sistem AI yang mengancam dan membahayakan pelajarnya sendiri. Demi prestij dan reputasi, berbaloikah nyawa pelajar dipertaruhkan?
Variants (1)
- Default Title — 28.00 MYR — In stock
How AI sees this product
The more complete this product's details, the more confidently AI assistants can understand and recommend it.